COMBI ialah Communication for Behavioural Impact atau Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku.
COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah denggi di Malaysia.
COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti ke arah tingkah laku yang sihat.